Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pesara rugi RM140,000

7 DIS: Hasrat seorang pesara untuk menambah simpanan terbantut apabila kerugian RM140,000 selepas menyertai pelaburan wang asing.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata lelaki berusia 56 tahun itu mula melabur sehingga RM370,000 secara berperingkat dengan sebuah agensi pelaburan di Kelantan sejak Mac tahun lalu.

“Urusan pelaburan berjalan lancar pada peringkat awal apabila agensi berkenaan membuat pembayaran semula keuntungan seperti dijanjikan,” katanya.

Bagaimanapun Idris, agensi pelaburan itu hanya membuat pembayaran semula sehingga November tahun lalu, sebelum berjanji menjelaskan baki pelaburan mangsa sebanyak RM140,000 pada Disember tahun lalu.

“Namun, sehingga kini apa yang dijanjikan agensi pelaburan berkenaan tidak ditepati.

“Malah, usaha mangsa menghubungi agensi berkenaan gagal apabila talian telefon yang digunakan tidak lagi aktif,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 7:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]