Kategori Berita Utama

Pesawat AirAsia terpaksa dilencongkan akibat cuaca buruk

5 APR: Sebuah pesawat AirAsia yang dalam perjalanan dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang dipercayai akibat cuaca buruk.

Pesawat Penerbangan AK6012 itu berlepas dari LCCT pada jam 7.05 pagi tadi dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Shah, di Kepala Batas, Alor Setar sejam selepas itu.

Portal berita Utusan Malaysia melaporkan, seorang penumpang pesawat berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu, sebaik sahaja memasuki ruang udara Kedah, penumpang dimaklumkan oleh kapten penerbangan bahawa pesawat terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang Pulau Pinang akibat cuaca buruk.

Difahamkan pesawat terbabit turut membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dijadualkan menghadiri satu program di Gurun, Kedah, pagi tadi.

Turut berada dalam pesawat berkenaan adalah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Pesawat bagaimanapun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan semua penumpang serta anak kapal juga berada dalam keradaan baik dan menyambung perjalanan masing-masing ke Alor Setar menggunakan pengangkutan darat.-bnbbc.my

AirAsia Lencong

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 April 2014 3:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: