Kategori Berita Antarabangsa

Pesawat berasap di kokpit mendarat dengan selamat

9 JUN: Sebuah pesawat penerbangan Korean Air yang membawa lebih 150 penumpang berjaya mendarat dengan selamat di lapangan terbang Jepun, walaupun juruterbang mengesan asap didalam kokpit.

Pengawai rasmi lapangan terbang berkata, krew pesawat Boeing 727 yang berlepas dari bandar pelabuhan Korea, Busan menyedari asap datang dari panel kokpit lima minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Fukuoka, Jepun.

Krew kemudiannya menghubungi pihak berkuasa lapangan terbang meminta pihak bomba bersedia namun tiada sebarang kebakaran dilaporkan.

“Penyebab bau dan asap berkenaan sedang disiasat.

“Kesemua 151 penumpang meninggalkan pesawat dengan selamat dan tiada sebarang insiden,” kata Jurucakap Korean Air kepada AFP di Seoul.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 June 2017 5:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: