Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pesawat China dakwa kesan objek mencurigakan

24 MAC: Masuk hari 16 operasi mencari pesawat MH370, petunjuk baru diperolehi apabila anak kapal pesawat China mendakwa mengesan beberapa ‘objek mencurigakan’ di zon mencari dan menyelamat (SAR) di selatan Lautan Hindi pada Isnin.

Agensi berita Xinhua berkata, objek ‘putih dan empat segi’ dikesan oleh penyelidik di dalam pesawat Ilyushin-76.

Radar MH370 “Anak kapal pesawat mengesan objek berkenaan di kordinat 95.1113 darjah timur dan 42.5453 darjah selatan dan terus memaklumkannya ke pusat kawalan dan kapal pemecah ais China, Xuelong, yang kini sedang menuju ke lautan berkenaan,” kata Xinhua.

Sementara itu, Tentera Laut Amerika Syarikat di Pasifik sudah mengarahkan angkatan lautnya memindahkan kapal pengesan kotak hitam di wilayah terbabit secara intensif dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Menurut kenyataan Tentera Laut AS hari ini, kapal pencari kotak hitam itu kini sedang dalam pelayaran menuju ke koridor selatan Lautan Hindi. –

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2014 1:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: