Kategori Berita Antarabangsa

Pesawat China pintas pesawat AS

19 MEI: Dua jet pejuang  Tentera China memintas pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini di Laut China Timur.

NBC News melaporkan, pesawat AS, WC-135 Constant Phoenix (foto), melakukan misi rutin di ruang udara antarabangsa kelmarin apabila dipintas di Laut China Timur oleh dua jet pejuang Sukhoi Su-30 milik China.

WC-135 yang juga digelar ‘pesawat penghidu’ dicipta untuk mengimbas atmosfera bagi mencari tanda aktiviti nuklear.

Laporan itu juga menyebut kru pesawat AS menggambarkan pertembungan itu sebagai tidak profesional, walaupun tidak membahayakan.

Pegawai tentera AS mendakwa jet AS melakukan operasi selari dengan undang-undang antarabangsa.

Pegawai memberitahu rangkaian berita AS bahawa perkara itu sudah dibawa ke pengetahuan Beijing menerusi saluran diplomatik.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, memberitahu bahawa beliau tidak mendapat maklumat mengenai kejadian.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 7:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]