Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pesawat MH128 berpatah balik, terima ancaman bom

31 MEI: Pesawat Penerbangan Malaysia MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik atau membuat ‘air turn back’ ke Lapangan Terbang Tullamarine selepas seorang penumpang cuba memasuki kawasan kokpit.

Memetik laporan Channel News Asia dan Mirror, penumpang berkenaan mendakwa mempunyai bom bersamanya.

Imej dari Flight Radar bagaimana MH128 membuat ‘air turn back’.

Sementara itu kenyataan MAS menyebut pesawat itu sudah selamat tiba di Melbourne pada jam 11.41 malam waktu tempatan.

“Pesawat itu terpaksa berpatah balik disebabkan gangguan oleh penumpang berkenaan semasa penerbangan.

“Ketika ini, pesawat jenis Airbus A330-300 itu sedang menunggu bantuan keselamatan pihak berkuasa Melbourne,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Penerbangan MH128 bertolak pada jam 11.11 malam waktu tempatan dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 5.28 pagi ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 May 2017 11:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: