Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pesawat ringan terhempas, juruterbang cedera

4 JUN: Sebuah pesawat ringan yang membawa seorang juruterbang bersama dua pelatih terpaksa melakukan pendaratan cemas sebelum merempuh tembok penghadang jalan di kawasan jejantas bertingkat, Taman Pulai Jaya, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima pangilan kecemasan pada jam 10.29 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Pihak kami mendapati tiga mangsa terselamat dan telah dibawa keluar orang awam yang memberi bantuan awal kepada mangsa.

“Kesemua mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan sebarang kenyataan akan dikeluarkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 June 2017 3:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: