Kategori Berita Antarabangsa

Pesawat tergelincir: 3 cedera, lapangan terbang ditutup

3 OGOS: Sebuah pesawat Citilink tergelincir di landasan di barat Indonesia pada malam Ahad, menyebabkan tiga orang cedera dan lapangan terbang terpaksa ditutup, menurut pegawai kementerian pengangkutan dan media tempatan.

citilinkJurucakap kementerian pengangkutan, Julius Barata memberitahu Reuters bahawa pesawat Airbus A320 itu membawa 174 penumpang dalam penerbangannya dari Jakarta ke Padang ketika ia tergelincir di landasan sewaktu mendarat.

“Pesawat itu menghalang laluan di landasan, jadi lapangan terbang masih ditutup,” tambah Barata.

Citilink merupakan syarikat penerbangan tambang rendah di bawah syarikat PT Garuda Indonesia Tbk. – REUTERS

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 9:58 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: