Kategori Berita Antarabangsa

Pesawat terhempas di New Jersey 2 maut

16 MEI: Dua anak kapal sebuah pesawat terbunuh selepas ia merempuh sebuah bangunan dan terhempas sebelum terbakar berhampiran sebuah lapangan terbang kecil, kata pihak berkuasa.

Polis berkata, tiada penumpang berada di atas pesawat Learjet 35 ketika ia terhempas pada jam 3.30 petang semalam kira-kira 400 meter dari landasan di Lapangan Teterboro New Jersey, di barat New York City.

Tiada kecederaan membabitkan orang awam berhampiran kawasan kejadian dilaporkan.

Datuk Bandar, Craig Lahullier berkata, ketika kejadian semua pekerja sudah pulang sebelum pesawat itu terhempas berhampiran bangunan pekerja awam.

Seorang usahawan dan pengasas bersama AOL, Steve Case, yang sedang menunggu pesawat lain untuk berlepas, menulis dalam Instagram bahawa pesawat itu kelihatan seperti tidak sempat membelok.

Jurucakap polis Carlstadt berkata, jet itu kelihatan senget ke sisi sebelum ia terhempas.

Dalam pada itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran angin kencang dengan kelajuan sehingga 72 kilometer sejam sebelum pesawat itu terhempas.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Difahamkan pesawat berkenaan terbang dari Teterboro ke Bedford, Massachusetts, awal pagi Isnin.

Lewat pagi yang sama ia terbang ke Philadelphia sebelum berlepas ke Teterboro sekitar jam 3 petang.

Teterboro, yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, adalah lapangan terbang tertua yang beroperasi di kawasan New York City.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2017 9:50 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: