Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pesawat TUDM mendarat tanpa tayar

18 NOV: Pesawat  C130 Hercules milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dilaporkan membuat pendaratan cemas tanpa tayar pada petang tadi.

TUDM dalam satu kenyataan berkata pesawat tersebut terpaksa berlegar selama enam jam  untuk membakar minyak di udara.

“Pesawat itu menghadapi masalah kekaki pesawat yang menyebabkan ia tidak dapat mendarat secara normal di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan,” kata kenyataan itu hari ini.

Pesawat itu dilaporkan membuat pendaratan kecemasan pada jam 5.15 petang dengan selamat dan tiada kru yang tercedera.

Dalam pada itu, lapangan terbang terbabit ditutup buat sementara waktu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 November 2017 7:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: