Kategori Berita Antarabangsa

Petak kenderaan berharga RM664,000 dijual

15 JUN: Petak meletak kenderaan persendirian di Hong Kong dijual dengan harga melebihi HK5.18 juta (RM664,200).

Mengikut rekod daripada Pejabat Pendaftaran Tanah, ruang yang dijual adalah di tingkat pertama kompleks pangsapuri mewah berhampiran Harbourfront di barat Pulau Hong Kong.

Parkir berukuran 188 kaki persegi (17.5 meter persegi) dibeli pengarah eksekutif di sebuah firma pelabutan, Kwan Wai Ming seorang,  lapor South China Morning Post.

Ianya mendahului rekod HK4.8 juta yang dibayar bagi tempat letak kereta pada Oktober lalu di satu lagi kompleks kediaman mewah.

Jualan berkenaan adalah sebulan selepas jutawan Hong Kong membayar AS$3 juta untuk lot komersial utama di pusat perniagaan dan membeli belah dalam satu rekod yang dicatatkan dimana harga hartanah menjadi satu isu politik.

Harga tinggi hartanah komersial dan kediaman didorong oleh kemasukan wang dari pelabur dan pemaju kaya dari tanah besar China.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 June 2017 5:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: