Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Petani P.Pinang, Kedah rugi RM27.7 juta

24 NOV: Jumlah kerugian yang dialami golongan petani di utara semenanjung ekoran bencana banjir dianggarkan mencecah hingga RM27.7 juta.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata jumlah itu meliputi kerugian sebanyak RM21,3 juta dan RM6,4 juta masing-masing di Pulau Pinang dan Kedah.

Salah satu sawah padi di Kedah yang ditenggelami air semasa banjir.

“Di Kedah, 2,613 petani dengan 4,041 hektar tanaman padi serta sayur-sayuran terjejas

“Manakala di Pulau Pinang, seramai 5,278 petani dengan tanaman berkeluasan 11,463.8 hektar terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Pendang dan Mini Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kedah di Stadium Mini Pendang, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob.

Tambah Tajuddin, bancian dan penilaian kerugian golongan akan di teruskan dari semasa ke semasa sehingga selesai.

Sebelum ini kementeriannya sudah meluluskan peruntukan berjumlah RM10juta sebagai bantuan awal kepada penternak, petani dan peladang di Pulau Pinang yang terjejas.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 November 2017 4:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: