Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Petrol & diesel turun sehingga 2 sen seliter

31 MEI: Harga mingguan bahan api pengguna di Malaysia mengalami penurunan sehingga dua sen bermula  1 hingga 7 Jun.

Mulai tengah malam hari ini, petrol RON95 akan dijual pada harga RM2.10 seliter berbanding RM2.12 seliter seminggu lalu.

Bagi RON97 pula dijual pada harga RM2.38 seliter berbanding RM2.40 seliter bagi tempoh sama seminggu lalu.

Manakala harga baharu diesel pula RM2.02 seliter, turun 1 sen berbanding RM2.03 seliter pada minggu lalu.

Harga mingguan petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan diumumkan setiap hari Rabu dengan harga baharu berkuatkuasa tengah malam Khamis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 May 2017 6:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: