Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Petrol turun 1 sen, diesel 4 sen

6 DIS: Selepas kekal pada harga sama pada minggu lalu, harga runcit seliter petrol turun 1 sen.

Berdasarkan Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, RON95 dan RON97   dijual dengan harga masing-masing RM2.29 dan RM2.57 seliter.

Selain itu, diesel turun 4 sen dan akan dijual pada harga RM2.21 seliter.

Harga baharu ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam ini hingga 13 Disember depan.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2017 6:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: