Kategori Ekonomi

PETRONAS bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan

2 MAC: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) merekodkan pertambahan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM21.8 bilion kepada RM45.6 bilion pada tahun lalu berbanding RM23.8 bilion pada 2016.

Selain itu pendapatan tahunan turut meningkat daripada RM195.1 bilion kepada RM223.6 bilion yang disokong oleh pemulihan harga minyak dunia serta transformasi operasi syarikat.

Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin

Perkara itu adalah berdasarkan prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2017 yang diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, di Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa sama beliau berkata syarikat itu akan membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan tahun ini.

“Peningkatan pendapatan itu didorong oleh purata harga direalisasi lebih tinggi bagi produk-produk utama dan kesan daripada nilai ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Oleh itu syarikat mengakhiri tahun 2017 dengan kedudukan kewangan serta aliran tunai yang kukuh,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 March 2018 3:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: