Kategori Ekonomi

PETRONAS jual Prince Court kepada KHAZANAH

22 MAC: Khazanah Nasional Bhd (KHAZANAH), menerusi anak syarikatnya, Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd (PMV), membeli Prince Court Medical Centre (PCMC) di ibu kota daripada Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS).

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata PMV menandatangani perjanjian jual beli saham dengan Petronas Hartabina Sdn Bhd, bagi membeli 100 peratus kepentingan ekuiti.

“Kami sangat gembira dengan peluang yang jarang berlaku ini untuk membeli PCMC

Azman berkata KHAZANAH menyasarkan untuk menjadikan PCMC sebagai hospital terkemuka yang menyediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia untuk pelancong perubatan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata pihaknya percaya PCMC sudah bersedia untuk fasa pertumbuhan seterusnya.

“Transaksi itu akan meletakkan hospital berkenaan untuk menjadi penyedia penjagaan kesihatan terkemuka di Asia,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2018 9:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: