Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PETRONAS nafi hubungan dengan Cambridge Analytica

22 MAC: Syarikat PETROLIAM Nasional Bhd (PETRONAS) menolak dakwaan pernah berurusan dengan Cambridge Analytica dan syarikat induknya, SCL Group.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat cari gali itu juga menafikan sebarang hubungan dengan firma perundingan berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia turut mengeluarkan kenyataan tidak pernah mengupah firma atau syarikat induknya dalam apa cara sekalipun.

Cambridge Analytica adalah firma perundingan politik berpangkalan di London yang dituduh mengambil data peribadi sehingga 50 juta pengguna Facebook tanpa kebenaran untuk membantu Donald Trump dalam kempen presiden AS pada 2016.

Kontroversi dipercayai bermula selepas sebuah stesen television di Britain mendakwa firma itu campur tangan dalam kebanyakan keputusan pilihan raya termasuk Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2018 6:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: