Kategori Ekonomi

PETROS dan PETRONAS berstatus sama

9 OGOS: Syarikat minyak dan gas Sarawak (PETROS) dimiliki Kerajaan Sarawak tidak akan menjadi rakan kongsi PETRONAS.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Openg berkata syarikat itu diberikan status yang setara dengan PETRONAS.

“Dengan tertubuhnya PETROS, Sarawak memiliki pacuannya sendiri untuk bekerjasama dengan PETRONAS dalam perniagaan industri minyak dan gas.

“Kita perlu melindungi kepentingan negeri dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Pada masa yang sama, Abang Johari berkata penubuhan syarikat itu adalah berasingan daripada permintaan negeri untuk menuntut 20 peratus royalti minyak dan gas dari Kerajaaan Pusat.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata demikian pada hari ini selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai pengajian bahasa di Kuching

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang dilantik sebagai ahli lembaga syarikat.

“Untuk permulaan, ini, syarikat itu akan mempunyai lima ahli lembaga pengarah dan mereka adalah orang Sarawak yang berpengalaman luas dalam industri minyak dan gas”.

“Dan mereka bukan ahli politik,” katanya

Share This:




Berita Bertarikh pada 9 August 2017 6:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]