Kategori Berita Utama

Petunjuk baru MH370 terbang lebih laju, Jepun kesan 10 objek

28 MAC: Ada petunjuk terbaru bahawa pesawat MH370 terbang lebih laju, meningkatkan penggunaan bahan api sekaligus memendekkan jarak penerbangan ke selatan Lautan Hindi.

“Maklumat baharu itu berdasarkan analisis radar secara berterusan ketika pesawat hilang dari radar dan dilapor hilang di kedudukan antara Laut China Selatan dan Selat Melaka, ” kata Pihak Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Ini menunjukkan pesawat terbang laju berbanding anggaran yang dibuat sebelum ini termasuk menamatkan penerbangan di kawasan pencari sekarang di Lautan Hindu.

Radar MH370Sehubungan itu, pesawat kapal kini dikerah ke zon pencarian MH370 selepas pihak berkuasa memperoleh  petunjuk baru yang dianggap berwibawa berdasarkan pesawat terbang lebih laju daripada jangkaan awal sebelum penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Sepuluh pesawat daripada enam negara – Australia, China, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat — bertukar arah ke kawasan baharu di 1,100 kilometre di timur laut.

Ia turut disertai lima kapal China dan sebuah kapal Australia.

 

Sementara itu, mej satelit Jepun menunjukkan 10 objek terapung berdekatan Australia yang “berkemungkinan besar” ada kaitan dengan pesawat MH370, kata kerajaan negara itu.

Pusat Risikan Satelit berkata, objek itu dikesan kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Objek berkenaan terapung di kawasan 10 kilometer dengan lingkungan berpusat pada 44 darjah, 17 minit selatan latitud dan 90 darjah, 56 minit timur longitud.

“Kawasan ini amat dekat dengan tempat objek yang dikesan lebih awal oleh satelit lain.

“Objek ini berkemungkinan besar adalah sebahagian serpihan pesawat
MH370 jika dikaji dari segi lokasi dan berdekatan dengan tempat penemuan sebelum ini,” kata jurucakap kerajaan, Shinichiro Maki seperti dilaporkan  AFP.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 March 2014 12:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: