Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PH akan lebih celaru dengan penyertaan PPBM

20 MAC: UMNO Selangor menjangkakan penyatuan Pakatan Harapan (PH) dan PPBM akan menambah kecelaruan dalam pakatan pembangkang khususnya isu agihan kerusi.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Johan Abdul Aziz, soal pembahagian kerusi sesama mereka akan menjadi ujian paling getir untuk gagasan itu kelak.

“Pertamanya kompromi dalam menentukan soal kerusi, siapa yang nak berkorban kerusi?

“Ketidakpuasan hati dan pertelingkahan tentang kerusi.

“Siapa nak beri kerusi? Jumlah kerusi berapa? Saya rasa persefahaman itu (susah dicapai),” katanya kepada portal berita Antarapos hari ini.

Hari ini, PH sebulat suara menerima PPBM menjadi rakan komponen baru mereka, selain bersetuju mengadakan logo baru dan mengemaskini manisfestonya sebagai persediaan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tertutup Majlis Presiden PH di Parlimen.

Johan berkata bukan soal agihan kerusi sahaja, malah siapa yang akan mengemudi pakatan pembangkang juga akan mencetuskan perbalahan dalam gagasan itu.

“Dari segi pemilihan jawatan presidennya siapa? (Sepatutnya) presidennya itulah yang akan jadi perdana menteri, itu pun rakyat akan tertanya-tanya juga.

“Rakyat mesti nak tahu siapa jadi perdana menteri, itu jadi satu cabaran kepada mereka untuk memilih presiden,” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ahli baru DAP Datuk Zaid Ibrahim sebelum ini mencetuskan polemik apabila menggelarkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin de facto baru pembangkang.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilabel sebagai pemimpin de facto pembangkang, namun ujar Zaid kuasa Anwar semakin terhad sementelah beliau kini dipenjarakan selepas disabit kesalahan sodomi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2017 10:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]