Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PH belum maklum SPR bertanding guna logo PKR

17 APRIL: Sehingga hari ini PH belum dapat bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan yang PH akan bertanding menggunakan logo PKR sahaja.

Menurut Pengerusinya Tun Mahathir Mohamad, pihaknya telah menghantar surat kepada SPR pada 10 April lalu bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut serta isu lain seperti cara pengurusan undi pos dan undi awal, namun dikatakan SPR telah menolak permohonan PH itu disebabkan tarikh yang dikemukakan tidak bersesuaian.

Kebenaran dari SPR sebenarnya tidak diperlukan tapi memandangkan pada saat terakhir kita bimbang undangundang itu tak boleh pakai. Sebab itu kita nak jumpa dengan SPR tapi ditolak. Kita nak jumpa untuk dapat keterangan cara PRU14 diurus, kita nak tahu cara undi pos dilaksana, undi awal, soalan yang tidak jelas dari spr, undi pos undi awal tak dijelas.

Sebab itu kita perlu berjumpa dengan SPR untuk memberitahu kepada SPR bahawa kami akan gunakan logo dan simbol PKR dalam PRU14, tapi tak ada reaksi dari SPR cuma jawapannya tak ada masa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM, Selasa.

Dakwa Tun Mahathir, kebenaran sepatutnya tidak perlu diperolehi dari SPR untuk mereka bertanding atas mana-mana logo sekalipun.

Ini kerana jelas bekas perdana menteri itu lagi, perkara itu pernah terjadi pada PRU13 dimana terdapat seorang individu yang bertanding menggunakan logo PKR dan ia tidak menjadi pertikaian oleh SPR ketika itu.

Tambahnya sebelum ini Saifudin telah mengutus surat tersebut kepada Penasihat UndangUndang SPR, Azizan Md Arshad bagi merangka pertemuan dan meminta penjelasan berkaitan logo dan gabungan itu juga ingin mengetahui kaedah undi pos pada PRU14 nanti.

Menerusi surat balasan itu antara lain memaklumkan SPR tidak dapat bertemu kerana tarikh yang tidak bersesuaian.

SPR juga kini dalam usaha memuktamadkan perkara dan isu berkaitan PRU oleh parti politik yang diuar-uarkan kepada badan itu.

Selain itu SPR juga memohon PH menunggu makluman daripada SPR.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 4:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: