Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PH berusaha yakinkan polis perhimpunan tak mengganggu

12 OKT: Pakatan Harapan (PH) akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung lokasi penganjuran Himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa berkenaan.

Naib Presiden PH, Datuk Seri Azmin Ali berkata sekretariat penganjur akan meneruskan perbincangan bagi meyakinkan polis mengenai jaminan keselamatan dan lalu lintas di lokasi himpunan.

“Saya difahamkan penganjur akan mengadakan perbincangan dengan pihak polis tapi saya tidak dapat makluman yang terkini, daripada laporan yang saya terima, mereka akan terus mengadakan perbincangan untuk menjamin keselamatan dan juga tak berlaku kesesakan dan tak ganggu penduduk sekitar kawasan itu.

“Jadi ini tertakluk kepada perbincangan yang dijalankan pihak penganjur,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Inovasi peringkat negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 October 2017 6:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]