Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PH fail saman ke atas RoS

21 FEB: Pakatan Harapan (PH) hari ini memfailkan saman ke atas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Tindakan itu dibuat susulan jabatan itu didakwa gagal memberi maklumbalas ke atas permohonan PH untuk berdaftar sebagai pertubuhan yang sah.

Permohonan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, melalui Tetuan Gobind Singh Deo & Co.

PH menamakan Setiausaha Jawatankuasa Penaja pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Setiausaha Agung PAN, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai pemohon manakala RoS sebagai responden.

Menurut responden, tindakan oleh RoS adalah tidak munasabah dan berniat jahat.

Mereka turut memohon kebenaran perintah mandamus bagi mendesak pertubuhan itu melaksanakan kewajipan awam dengan mendaftarkan PH sebagai pertubuhan sah berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 February 2018 5:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: