Kategori Berita Utama

PH, PPBM bergolak: Biar rakyat menilai sendiri

26 DIS : Rakyat kini sudah boleh menilai dan membuat keputusan parti mana yang mampu mentadbir dengan baik apabila berlakunya krisis PH baru-baru ini dan kemudiannya disambung pula dengan pergolakan PPBM.

Menurut Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap ini kerana sikap pemimpin yang hipokrit mulai diperlihat apabila setiap daripada mereka tidak ikhlas memperjuangkan hak rakyat, sebaliknya sibuk mengejar jawatan demi kepentingan masing-masing.

anuar-ppbm“Saya setuju, sebab tu mana-mana ahli yang keluar daripada BN biasanya berselindung dengan alasan nak berjuang untuk rakyat.

“Sebenarnya mereka lebih memperjuangkan individu dan mereka yang kononnya teraniaya,” katanya kepada BNBBC. my portal pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Anina Saadudin yang sebelum ini memperjuangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dipecat daripada jawatan ketua wanita atas dakwaan beliau terbabit dalam “skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya.

Ia berikutan screenshot perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini.

Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.

“Senang cerita pada saya UMNO BN tak perlu buat kerja banyak, mereka sendiri berkecamuk dengan ahli parti masing-masing, kita perlu diam sahaja dan biar rakyat yang menilai,” ujarnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 26 December 2016 3:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]