Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PH tak tahu program Invoke Rafizi

15 NOV: Pakatan Harapan (PH) mengakui tidak tahu menahu dengan tindakan Penyelaras Invoke Rafizi Ramli untuk membuat majlis pengisytiharan harta terhadap 30 calon prospektif pakatan pembangkang.

Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, Majlis Presiden PH tidak terlibat dengan perkara tersebut dan menyifatkan itu adalah tindakan yang dilakukan sendiri oleh Invoke.

“Itu soal Invoke, dia yang buat kenalah pergi tanya. Kita pun tak tahu apa. Itu Invoke punya hal lah,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Parlimen, pada Rabu.

Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Pejabat Pembangkang Parlimen

Ditanya adakah beliau bersedia mengisytiharkan asetnya sekiranya bertanding dalam Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) akan datang, Dr Mahathir bersetuju dengannya.

“Ya saya boleh isytiharkan aset saya tetapi saya tak tahu sama ada saya akan jadi calon atau tidak,” katanya.

Dilaporkan, majlis pengisytiharan harta tersebut bakal diadakan bersama dengan majlis pelancaran kutipan dana yang dikenali “crowdfunding” untuk Invoke.

Majlis yang bakal berlangsung pada 19 November ini akan menyaksikan Rafizi memanipulasi majlis tersebut dengan tujuan mengutip dana kononnya untuk membayar kepada kira-kira 30 orang wakil rakyat dan calon-calon prospektif pilihan raya Pakatan Harapan (PH) pada PRU 14.

Ahli Parlimen PKR Pandan itu dalam kenyataannya menjelaskan, sasaran Invoke untuk mengutip RM5 juta lagi daripada orang ramai adalah untuk digunakan menampung pembaiayaan kos 53 calon PH pada PRU akan datang.

Sebelum ini Naib Presiden PKR itu pernah menggunakan cara ini dengan meminta dana daripada orang ramai untuk membayar hukuman denda RM300,000 setelah kalah dalam kes saman National Feedlot Corporation.

Bagaimanapun ramai pihak mempersoalkan dimanakah baki dana tersebut sama ada masuk poket Rafizi atau digunakan untuk Invoke.

Rafizi telah berjaya mengutip kira-kira RM1.5 juta ketika kali pertama melancarkan kempen mengutip derma untuk dirinya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 November 2017 5:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: