Kategori Berita Utama

PH terima akibat jika RCI sabitan Mahathir bersalah

22 JUN: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditugaskan untuk menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (FOREX) Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka memberikan kesan kepada Pakatan Harapan (PH) jika Tun Dr Mahathir Mohamad didapati bersalah.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mendakwa penubuhan suruhanjaya itu bermotifkan politik kerana hanya ditubuhkan selepas leph 23 tahun kes itu berlalu.

“Jika Dr Mahathir didapati bersalah, sudah tentu akan berikan kesan kepada PH.

“Tetapi RCI ini bermotifkan politik kerana beliau kini bersama pembangkang. Sepatutnya yang lebih penting sekarang ialah RCI terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya Ahli Parlimen Shah Alam itu di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Semalam, kabinet mengumumkan penubuhan RCI untuk menyiasat kerugian forex BNM pada 23 tahun lalu ketika Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia.

Terdahulu dalam sidang yang sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendesak Kerajaan Persekutuan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat berkenaan skandal 1MDB.

“Selain itu, saya menggesa institusi berwajib Pejabat Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dan Bank Negara untuk membuka kembali kertas siasatan mengenai skandal ini,” katanya.

Beliau berkata satu mesyuarat tergempar pada 28 Jun akan diadakan untuk merencana langkah yang perlu diambil selepas dakwaan terbaru DoJ.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 June 2017 2:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: