Kategori Berita Utama

Kerajaan Pusat matang – Lim Guan Eng

26 DIS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pemilihan negeri itu selaku tuan rumah sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas peringkat kebangsaan adalah bukti hubungan matang Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri pimpinannya.

Menurut Guan Eng, penganjuran majlis itu di Pulau Pinang yang diperintah pembangkang sebagai tanda bukti perhubungan kerajaan negeri di bawah pimpinannya dengan Kerajaan Pusat diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sihat dan membina sejajar dengan semangat Krismas.

Guan Eng berkata demikian di hadapa kira-kira 10,000 orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas di Padang Kota Lama di sini, pada Rabu malam.

Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Najib bersama Mohamed Nazri, Joseph dan Guan Eng kemudian meletakkan replika gula-gula raksasa di atas pentas sebagai simbolik perasmian majlis rumah terbuka itu.

Sempena majlis itu juga, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan dana RM10,000 kepada empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menjalankan aktiviti kebudayaan di negeri ini.

Majlis itu dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan hiburan oleh artis-artis tanah air seperti Awie, Datuk Jamal Abdillah, Nassier Wahab, Salwa Abdul Rahman, Rahmat dari Kumpulan Mega, dan Suki Low dan Sivakumar dari Kumpulan Forteen.

Pelbagai hidangan istimewa Pulau Pinang disajikan kepada pengunjung antaranya laksa Penang, kari kepala ikan, char kuetiau, nasi briyani, mi rebus, cendol dan pasembor.-bnbbc.my

Perdana Menteri (dua, kanan) Lim Guan Eng (kanan), Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup pada pelancaran Rumah Terbuka Malaysia Hari Krismas 2013 di Padang Kota Lama, George Town pada Rabu malam.-Foto Bernama.

Perdana Menteri (dua, kanan) Lim Guan Eng (kanan), Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup pada pelancaran Rumah Terbuka Malaysia Hari Krismas 2013 di Padang Kota Lama, George Town pada Rabu malam.-Foto Bernama.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2013 1:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: