Kategori Berita Utama

Pilihan Raya Negeri selesai kemelut di Selangor?

23 JAN: Pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor  dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat  semakin caca merba dengan tindakan Khalid yang cuba menimbulkan tekanan kepada penjawat awam. 

Lihat sahaja bagaimana beliau mahu cuci tangan dalam isu isu pengguguran Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau sanggup menggunakan kedudukkannya sebagai Menteri Besar  mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memindahkan serta merta kepada Pengurus Besar dan Setiausaha Kerja perbadanan itu ke pejabat SUK Selangor. 

abuhassan

Abu Hassan

Justeru itu, timbul persoalan adakah Khalid perlu kekal sebagai Menteri Besar atau orang lain perlu menggantikannya. 

Namun, disebalik semua itu, ada pihak mencadangkan supaya diadakan Pilihan Raya Negeri bagi menukar kepimpinan Khalid selaku menteri besar. 

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yang turut melihat Pakatan Rakyat tidak layak untuk mentadbir Selangor ekoran kepincangan Khalid ini.

“Ini hanya menunjukkan mereka tidak layak mentadbir negeri Selangor, jadi saya cadangkan kita kembali semula kepada rakyat, dan adakan semula Pilhan Raya bagi peringkat negeri,” kata mantan Menteri Besar Selangor itu kepada bnbbc.my.

Ketika diminta untuk memberikan pandangan supaya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menilai semula kedudukan Khalid Ibrahim selaku menteri besar, beliau menjelaskan bahawa parti boleh mencadangkan perkara tersebut kepada baginda Sultan untuk dibuat penilaian.

“Memang kuasa ada pada Duli Yang Maha Mulia, tetapi parti perlu berbincang dan mengambil keputusan sebelum dikemukakan kepada Sultan, dan pada ketika itu Sultan boleh ambil tindakan yang selayaknya,” jelas beliau.

Dan jika dilihat kepada keadaan, Barisan Nasional dan UMNO Selangor boleh mengemukakan cadangan kepada baginda Sultan berhubung kepincangan yang dilakukan Khalid kepada pentadbiran negeri.

Azmin dan pemimpin PKR Selangor juga boleh melakukan perkara yang sama bagi menunjukkan Khalid benar-benar tidak layak menjadi pemimpin negeri kerana beliau gagal melaksanakan taggungjawabnya dengan baik.

Khalid pula jika terus diasak oleh pimpinan PKR yang mahu menggantikannya, tidak mungkin akan menyerahkan kerusi itu bulat-bulat kepada Azmin.

Sanggupkan Khalid bertuankan Azmin sebagai Menteri Besar?

Atas sebab itu, cadangan Abu Hassan supaya pilihan raya negeri Selangor ada logiknya.

Sekurang-kurangnya penjawat awam dan rakyat Selangor boleh membuat pilihan baru mereka setelah Khalid dilihat gagal dalam tugasnya. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 January 2014 12:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: