Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pindaan Akta Kerja tangani larangan pekerja hotel bertudung

13 JAN: Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan draf cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi susulan isu larangan bertudung barisan hadapan dalam sektor perhotelan.

Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata cadangan pindaan akta itu adalah hasil perbincangan pada 5 Disember lalu yang membabitkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.

“Draf pindaan undang-undang itu akan diperhalusi segera bersama-sama beberapa agensi lain yang terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, kementeriannya melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sudah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas 74 buah hotel bertaraf empat serta lima bintang di Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak November 2017.

“Pemeriksaan itu mendapati 13 buah hotel mengamalkan polisi larangan bertudung semasa bekerja manakala 61 lagi tidak menetapkan sebarang bentuk polisi berkaitan perkara itu,” kata Riot.

Katanya JTKSM sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan hotel berkenaan dan mereka secara dasarnya bersetuju untuk membatalkan larangan terbabit.

Riot berkata JTKSM juga sudah mengeluarkan surat kepada dua persatuan dan 10 kesatuan sektor perhotelan pada 18 Disember 2017 untuk mendapatkan pandangan bertulis berhubung isu itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 7:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: