Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pindaan Akta Perubatan, KKM jumpa Jabatan Peguam Negara

6 JULAI: Susulan keputusan kabinet mahu Akta Perubatan 1971 dipinda, Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mengadakan pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Ketika ini perbincangan berhubung pindaan itu akan dibuat pada peringkat pentadbiran Kementerian Kesihatan terlebih dulu sebelum dibawa kepada Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat,” kata beliau selepas Majlis Perasmian Blok Obstetrik dan Neonatalogi Hospital Putrajaya hari ini.

Semalam kabinet membuat keputusan supaya Akta Perubatan 1971 dipinda untuk mewajibkan perkhidmatan pegawai perubatan dua tahun selepas tamat ‘housemanship’ serta memasukkan syarat kelulusan Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata isu 23 Pegawai Perubatan Gred UD41  tidak mempunyai kelulusan BM peringkat SPM dijangka dapat diselesaikan dalam jangka masa setahun.

“Ini kerana mereka boleh mengambil peperiksaan subjek BM bermula November ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 July 2017 1:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: