Kategori Berita Utama

Pindaan PCA bukan ganti ISA..tunggu Isnin

Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) akan dibentang pada hujung bulan ini dan akan menjelaskan keraguan yang timbul berhubung akta baru yang didakwa menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta supaya semua pihak supaya bersabar sehingga beliau membentangkan akta tersebut untuk bacaan kali kedua.

zahidZahid dengan tegas menyatakan akta baru yang akan digubal itu bukan pengganti kepada ISA seperti mana yang didakwa oleh pihak pembangkang.

“Tunggu saya bentangkan di Dewan pada 30 September nanti. Saya tidak mahu mendahului apa yang saya ingin sebutkan dalam Dewan nanti,” katanya.

“Ia bukan ganti ISA, bukan,” kata ahli Parlimen Bagan Datuk itu kepada pemberita di lobi Parlimen.

Zahid sebelum ini menyatakan terdapat cadangan untuk melaksanakan tahanan tanpa bicara kerana polis memerlukan akta yang sedemikian rupa bagi mengukuhkan keupayaan mereka dalam usaha menangani jenayah.

Bagaimanapun, jelas Zahid perkara ini sukar untuk dibentangkan di Parlimen kerana mendapat tentangan yang hebat daripada pembangkang dan Majlis Peguam.

“Tetapi saya perlu rasional, kerana Majlis Peguam dan pembangkang tidak menyokong,” katanya.

Namun Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita hari ini bagaimanapun turut menjemput Majlis Peguam menghadiri Forum Mengenai Undang-undang dan tatacara Pencegahan Jenayah yang akan diadakan di Putrajaya pada 28 September depan.

“Di boleh bagi pendapat, dan kita menjemput Majlis Peguam bersama-sama dan memberikan pendapat ketika forum itu dijalankan,” katanya.

Dalam usaha untuk mengumpulkan maklumat daripada Majlis Peguam, ahli politik dan badan bukan kerajaan, dua orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan Datuk Nancy Shukri telah ditugaskan untuk menjalankan tugas tersebut.-25/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 September 2013 6:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: