Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pindaan RUU482 untuk beri lebih kuasa Pesuruhjaya Pelancongan

29 NOV: Kuasa yang diperuntukkan dalam Rang Undang Undang (RUU) Industri Pelancongan Akta 482 kepada Pesuruhjaya Pelancongan adalah bagi mengadakan satu prosedur baharu untuk membolehkan Pesuruhjaya Pelancongan mengendalikan kes-kes agensi pelancongan melaksanakan hukuman iaitu prosedur pergantungan lesen.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, RUU ini perlu dipinda bagi melaksanakan hukuman kepada agensi pelancongan yang telah melanggar syarat-syarat lesen pelancongan yang diberikan.

“Kementerian berpandangan keperluan menggantung lesen agensi pelancongan bagi memudahkan melakukan siasatan yang lebih teratur dan konklusif dapat dilaksanakan pihak kementerian.

“Ia juga dapat menghalang agensi yang sedang digantung lesennya daripada terus menjual pakej-pakej pelancongan kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan pindaan RUU Industri Pelancongan Akta 482 di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Menurutnya, pada masa sama agensi pelancongan yang digantung lesen masih perlu memenuhi obligasi pakej pelancongan yang telah dijual.

Nazri juga menegaskan, hukuman mengantung lesen agensi pelancongan bukanlah satu bentuk hukuman semata-mata, malah bertujuan menjaga kepentingan orang awam dan industri pelancongan negara

“Tindakan penggantungan lesen ini disifatkan untuk memberi ruang kepada agensi pelancongan yang disiasat membaiki kesilapan lalu, yang penting melaksanakan semua tanggungjawab sepatutnya diberikan kepada pelanggan mereka.

“Kementerian dapat menghalang pelanggan baru daripada terjebak menjadi mangsa penipuan agensi tersebut dan pada masa sama memastikan hak-hak pelancong terus dilaksanakan sementara menunggu pertimbangan kes sebelum keputusan diambil kepada agensi pelancongan tersebut,” jelasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 November 2017 7:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: