Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pindaan tambahbaik perlindungan harta intelek

24 OKT: Bagi memperkemaskan peranan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 (Akta 617) perlu dilakukan demi penguatkuasaan  perundangan yang lebih jitu di masa hadapan.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong berkata akta berkenaan yang mula diperkenalkan pada 3 Mac 2003 tidak pernah digubal.

“Pindaan ini akan menambahbaik tadbir urus MyIPO serta memperjelaskan lagi kuasa dan fungsi untuk mengawal selia dan menguatkuasakan perundangan harta intelek dan hal-hal yang berkaitan.

“Keupayaan MyIPO untuk menjana pelbagai sumber pendapatan akan menjamin kelestarian MyIPO bagi mengukuhkan pentadbiran sistem harta intelek serta dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana Kerajaan melalui sumber pendapatan baru daripada anak syarikat yang bakal ditubuhkan,” katanya ketika sesi pembentangan di Dewan Rakyat, Selasa.

Tambah Henry, RUU ini juga sudah disemak dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga diluluskan oleh kabinet dalam mesyuarat pada 4 Ogos lalu..

Pindaan yang dicadangkan adalah memasukkan seksyen baharu 35A untuk memberi Perbadanan kuasa untuk menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan untuk menguruskan sebarang aktiviti yang dirancang atau diusahakan oleh Perbadanan dalam pelaksanaan fungsinya.

Katanya lagi, ia akan membolehkan MyIPO mempelbagaikan aktivitinya serta menjana pendapatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2017 5:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: