Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pingat: Melaka tunggu siasatan komando ‘sesat’ selesai

18 JAN: Kerajaan Negeri Melaka hanya akan menganugerahkan pingat kepada 11 pelatih komando serta dua jurulatih yang dilaporkan sesat di laut sekiranya siasatan  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapati kesemua mereka memang mengalami kejadian itu.  .

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, sementata ini kerajaan negeri memutuskan untuk tidak menganugerahkan pingat sebagaimana diumumkan sebelum ini setelah pihak ATM menghubunginya pagi semalam bagi memaklumkan mengenai siasatan berkenaan.

“Sekiranya siasatan mendapati kesemua pelatih dan jurulatih terbabit  benar-benar sesat sebagaimana dilaporkan, kerajaan negeri akan meneruskan penganugerahan pingat itu.

“Penganugerahan pingat itu adalah cara kita menggalakkan anak muda lain menyertai tentera dan menunjukkan keberanian serta tidak putus asa bila berdepan cabaran.

idrisharun“Tetapi selepas dimaklumkan mengenai siasatan yang dijalankan ini, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak menganugerahkan pingat ini buat sementara waktu sehingga selesai siasatan berkenaan. Selebihnya saya tidak boleh komen kerana perkara ini dalam siasatan ATM,” katanya .
Dalam kejadian 7 Disember lalu, dipercayai yang pertama seumpamanya, kesemua pelatih dan dua jurulatih mereka dikatakan sesat selepas enjin bot mereka mengalami kerosakan di perairan Pulau Upeh sebelum mereka ditemui terdampar di pantai Pantai Puteri.

Bulan lalu, Idris mengumumkan kerajaan negeri akan menganugerahkan pingat yang setaraf Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada kesemua pelatih dan jurulatih mereka sebagai contoh kepada generasi muda.

Namun, difahamkan, ATM melakukan siasatan kerana cara pelatih berkenaan sesat dari laluan biasa yang digunakan pelatih menimbulkan persoalan dan syak dalam kalangan pegawai atasan ATM.

Pihak atasan ATM  dikatakan meragui ‘cerita sesat’ berkenaan kerana laluan digunakan semasa latihan mendayung itu telah digunakan pihak komando untuk melatih anggota mereka sejak berpuluh tahun lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 January 2014 2:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: