Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pistol dalam tandas milik Richard Riot

18 MEI: Tanda tanya mengenai pemilik sepucuk pistol yang ditemui di tandas Wisma Seberkas, Kuching Rabu lalu terjawab selepas ia disahkan milik bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Lapor NSTP, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soo Kuai berkata, Riot tampil membuat laporan polis berhubung kehilangan pistol separuh automatik jenis Smith and Wesson, hari ini.


 Datuk Richard Riot Jaem

Menurutnya, Ahli Parlimen Serian itu membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Kuching jam 10.40 pagi tadi berhubung kehilangan senjata api yang dilesenkan kepada beliau.

“Selepas siasatan dijalankan, polis mengesahkan pistol yang ditemui Rabu lalu milik beliau..

“Setakat ini siasatan lanjut terhadap penemuan itu masih dijalankan dan keterangan daripada Richard sudah diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Rabu lalu, penyelia Wisma Saberkas membuat laporan polis selepas menemui sepucuk pistol bersama enam butir peluru di dalam tandas bangunan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 3:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: