Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PKR bimbang usul PAS nak putus hubungan

20 Mac: PKR tidak menolak kebimbangan berkenaan usul memutuskan Tahaluf Siyasi oleh tiga pimpinan PAS kawasan di utara dan timur ke atas parti itu.

Ahli Jawatankuasa Biro Politik parti itu, Datuk Kamaruddin Jaafar bagaimanapun berkata apa sahaja ketetapan bakal dibuat oleh parti Islam itu, partinya masih berpendirian untuk berhubung dengan semua parti pembangkang.

“Saya mengikuti perkembangan dan pergolakan ini. Sudah tentu ada sedikit kebimbangan namun umumnya kita anggap ianya perkembangan politik dalaman parti itu dan dalam masa sama kita akan kekal sebagaimana dasar kita iaitu berhubung dengan semua.

“Setakat ini tak ada cadangan atau ura-ura dalam PKR untuk putus hubungan dengan mana-mana parti pembangkang,” ujarnya, ketika di lobi Parlimen pada Isnin.

Pada minggu lalu, Pemuda PAS Tumpat, kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru meluluskan usul agar kepimpinan tinggi memutuskan hubungan dengan PKR.

Gesaan agar memutuskan hubungan dengan Keadilan semakin lantang dilontar akar umbinya melalui beberapa demostrasi kecilan selepas presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahan bakal membuat penilaian semula.

Ini adalah berikutan PKR masih meneruskan hubungan politik dengan seteru PAS iaitu DAP dan PAN yang juga sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Bagaimanapun bekas Setiausaha Agung PAS ini masih optimis hubungan partinya dan PAS dapat dikekalkan.

“Apa yang kita baca tentang keputusan dibuat tidak memeranjatkan. Kita harus faham tahun ini tahun pemilihan di semua peringkat parti itu.

“Keputusan dan usul seperti ini termasuk berkaitan PKR harus dilihat dalam konteks politik dalaman yang rancak berlaku dalam parti. Saya yakin selepas proses pemilihan selesai dengan muktamar pada hujung April, maka pimpinan tertinggi parti itu akan buat keputusan dan kita semua menunggu keputusan tersebut,” kata Ahli Parlimen Tumpat.

Kamaruddin bagaimanapun berharap PAS membuat keputusan menguntungkan pihak pembangkang.

“Saya yakin masih ramai dalam PAS berpegang iaitu ingin lihat perubahan kerajaan di peringkat negara yang kita akan lakukan dalam PRU,” dakwanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2017 6:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]