Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PRK DUN Kajang: PKR bazir wang rakyat

29 JAN: Tindakan mengejut PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tanpa alasan kukuh dan semata-mata untuk memberi laluan kepada Ketua Umumnya bertanding, seterusnya menjadi ahli DUN Selangor jelas membazirkan wang rakyat.

Ia juga menunjukkan parti berkenaan “cakap tak serupa bikin” kerana mendakwa berjuang menghapuskan pembaziran serta ketirisan tetapi sewenang-wenangnya mengambil keputusan “memperjudikan” wang rakyat bagi mengadakan satu pilihan raya kecil hanya untuk menyelesaikan krisis dalaman serta memperkukuhkan parti.

PKR cakap tak serupa bikin - Noh Omar

PKR cakap tak serupa bikin – Noh Omar

“Mereka (pembangkang) bercakap soal penjimatan duit kerajaan, duit rakyat…(tapi) mereka tidak ambil kira itu semua.

“Apabila ada pilihan raya kecil pasti kerajaan terpaksa menggunakan duit rakyat untuk menguruskan pilihan raya dan akan melibatkan kos yang belum dapat dipastikan lagi,” kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Rabu.

Sehubungan itu, Noh berharap penduduk dan pengundi DUN Kajang kini sedar serta membuka mata dan memastikan mereka tidak ditipu lagi oleh pembangkang buat kali kedua dalam masa setahun.

“Jadi apa maknanya kalau nak bertanding secara suka-suka, tidak serius dan apabila sampai masa tanpa sebab letak jawatan, mungkin nak beri peluang kepada orang lain untuk mengambil tempatnya.

“Mereka menjadikan rakyat sebagai kuda tunggangan untuk mencapai kepentingan itu. Anwar berkemungkinan mahukan jawatan Menteri Besar Selangor kerana jawatan itu menawarkan gaji yang lebih dari seorang Perdana Menteri iaitu jawatan yang dihasratkan beliau sebelum ini,” kata Noh.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan RM100 seorang kepada 115 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yit Khwan dan 62 murid SJKC Bagan Pasir pagi tadi.

Noh juga selanjutnya menyifatkan PRK DUN Kajang yang terpaksa diadakan kerana tindakan PKR sebagai satu bentuk penghinaan terhadap sistem demokrasi di negara ini.

Tindakan bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh yang tiba-tiba meletak jawatan berkuat-kuasa serta merta Isnin lalu untuk memberi laluan kepada Anwar mengisi kekosongan kerusi tersebut turut dikecam rakan PKR dalam pakatan pembangkang terutama PAS serta badan bukan kerajaan (NGO) BERSIH 2.o yang selama ini menyangka PKR tidak bermain politik kotor.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2014 1:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: