Kategori Berita Utama

PKR: DSAI bukan calon muktamad PM Pakatan Harapan

22 MEI: Keputusan PKR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-7 adalah hak parti itu, kata Naib Presidennya, Tian Chua.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Batu itu mendakwa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh mengeruhkan hubungan dengan tiga parti dalam Pakatan harapan apabila membuat pengumuman itu semalam.

“Ini hak kami, lagipun dah memang program PKR, jadi kita berhak menentukan keputusan kita. Sama jugalah dengan DAP, PPBM, PAN, mereka juga berhak.

“Tidak ada salahnya pengumuman itu dibuat. Nama pun Kongres Nasional PKR, takkan kita nak buat keputusan umumkan pemimpin dari parti lain,” ketika dihubungi BNBBC.my portal, pada Isnin.

Semalam, Kongres Nasional PKR di Shah Alam yang berakhir selepas berlangsung selama tiga hari, menamakan Anwar sebagai calon Ketua Negara.

Pada masa yang sama Tian Chua juga berkata keputusan menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan belum muktamad.

“Ini adalah keputusan sebulat suara yang dibuat oleh PKR. Tidak mewakili Pakatan Harapan.

“Jika Pakatan Harapan menang pada PRU ke-14,  kita bersedia berbincang semula untuk menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti,” katanya.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 May 2017 5:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: