Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PKR Sarawak bertanding lebih kerusi dari DAP

13 SEPT: Berbanding PKR yang diperuntukan 17 kerusi, DAP hanya bertanding sebanyak 11 kerusi parlimen di Sarawak berdasarkan kepada pembahagian kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusi HARAPAN Sarawak, Chong Chieng Jen berkata mereka memutuskan untuk mengekalkan status quo yang dipersetujui semasa PRU-13.

“Dengan ini, tidak akan ada perbalahan mengenai tuntutan bertindih, kata beliau yang juga Pengerusi DAP negeri hari ini.

Hanya 31 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam PRU14 di Sarawak.

Selain kedua-dua parti itu, PAN mengambilalih tiga kerusi yang sebelum ini diberikan kepada PAS.

Pada Mei 2013, DAP memenangi lima kerusi yang kesemuanya adalah majoriti pengundi Cina bandar iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu.

Manakala PKR hanya memenangi satu kerusi iaitu Miri, namun PAS kalah kesemua tiga kerusi yang ditandingi.

Sementara itu, Chieng Jen mendakwa pakatan pembangkang mampu menawan hati pengundi luar bandar susulan isu semasa yang berlaku di  Semenjanjung.

“Situasi di sana akan menjadi pemangkin kepada perubahan. Kawasan akar umbi Melayu di Semenanjung terutamanya di kawasan UMNO, semakin goyah,” kata Ahli Parlimen Bandar Kuching itu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 6:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]