Kategori Berita Utama

PKR Selangor tuntut Khalid jelaskan sebab gugur Azmin

13 JAN: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dituntut beri penjelasan kenapa mengugurkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dalam Mesyuarat PKR Selangor Isnin malam, pimpinan negeri mendesak Khalid memberi penjelasan berhubung tindakannya itu..

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Amiruddin Shaari berkata dalam Kongres Khas PKR yang diadakan baru-baru ini, parti telah memutuskan semua lantikan politik perlu dimaklumkan dan mendapat perkenan parti.

khalidmbsel“Jadi kita mahu tahu sama ada ibu pejabat parti atau presiden telah dimaklumkan atau tidak. Kita mahu Menteri Besar menjelaskan alasan mengapa Azmin tidak diteruskan dalam PKNS,” katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat tersebut.

Azmin yang turut hadir dalam mesyuarat itu ketika diminta respon enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

“Saya tidak ada komen, terima kasih semua… Selamat malam,” jawab beliau ringkas.

Selain itu, Amiruddin memberitahu mesyuarat tersebut turut membincangkan dua lagi isu besar yang sedang melanda pentadbiran kerajaan PKR negeri Selangor.

Ianya berkaitan pengambilalihan pengurusan air negeri Selangor oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dan kenaikkan lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurut ADUN Batu Caves itu, PKR Selangor merasa gusar dengan keputusan terbaru kerajaan negeri yang memberi isyarat positif pengabilalihan konsesi air oleh SPAN.

Justeru itu, pihaknya akan menulis surat kepada parti dalam masa terdekat dan mengadakan mesyuarat untuk mendengar taklimat terus daripada exco kerajaan negeri berhubung perkara tersebut..

“Keputusan yang dilihat mengejutkan itu kami harap dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri dan Menteri Besar yang baru-baru ini menyerahkan pengambilalihan syarikat konsesi air kepada kerajaan Persekutuan. Apakah air percuma akan diteruskan?,” soal beliau.

“Bukan masalah setuju atau tidak. Macam saya katakan tadi untuk kukuhkan beberapa perkara agar rakyat dapat manfaat yang baik dan selaku pimpinan akar umbi ADUN, ahli majlis dan ketua cabang kita harus jelaskan kepada anggota dan rakyat,” jelas beliau. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2014 1:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: