Kategori Berita Utama

PKR terus beri helah, tidak jawab gesaan PM dedah dana politik

3 OGOS: PKR sehingga kini masih mengelak enggan menjawab gesaan Perdana Menteri yang mahukan pembangkang juga turut mengisytihar sumber dana yang diperolehi untuk apa jua aktiviti parti mereka.

Malah mereka berterusan bersikap memberi helah dengan mendakwa gesaan tersebut hanya menutup persoalan besar yang kononnya tidak boleh dijawab oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

rafizi pkr dana politikIa termasuklah kenyataan yang dibuat Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli apabila mendakwa isu pembiayaan parti politik itu skrip yang telah disediakan iaitu siasatan berkenaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana di dalam akaun peribadi 1MDB mendapati tiada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja.

“Sejak beberapa hari yang lepas, ada cubaan yang tersusun oleh pimpinan UMNO untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti-parti politik, perkara ini mula-mula disebut oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan disambut sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walau bagaimanapun, isu pembiayaan parti-parti politik ini hanyalah helah yang dimainkan oleh UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya berpandangan bahawa isu ini ditimbulkan untuk menutup dua persoalan besar yang tidak boleh dijawab iaitu kemanakah wang RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB dan benarkah wang itu telah diambil oleh individu-individu yang rapat dengan Perdana Menteri seperti Jho Low? Dan kenapakah RM2.6 bilion yang sebahagiannya dituduh turut berasal dari dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri?” soalnya.

Terdahulu, Najib dalam ucapannya di Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu mengumumkan kesediaan beliau untuk menyatakan sumber kewangan UMNO dan penyumbang-penyumbang kepada dana UMNO.

Dalam pengumuman itu juga Perdana Menteri turut mencabar parti-parti pembangkang untuk turut menyatakan punca kewangan mereka.

Sementara itu, Rafizi dalam kenyataan yang sama turut menuduh Abdul Rahman dengan menyatakan bahawa Pengarah Strategik itu akan terus menjual cerita bagi mengaburi mata rakyat daripada isu semasa yang berlaku kini.

DANA PEMBANGKANG“Saya tidak terkejut sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak melalui jurucakapnya seperti Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam masa beberapa minggu ini akan menjual cerita-cerita seperti dana RM2.6 bilion itu adalah derma dari orang kaya dari Timur Tengah secara peribadi kepada Perdana Menteri.

“Derma itu juga digunakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membiayai kempen pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu, dan ada bukti dalam bentuk dokumen bahawa kononnya dana RM2.6 bilion itu adalah derma kepada Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelasnya.

Berhubung gesaan ini juga, PAS turut memaklumkan bahawa perbincangan mengenai perkara tersebut bersama kepimpinan PAS Pusat akan dibuat pada 8 Ogos ini.

Ia dimaklumkan oleh Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan kepada BNBBC.my.

“Kita akan berbincang tentang perkara itu dalam satu perbincangan bersama pimpinan PAS Pusat, kena tunggu mesyuarat pada 8 Ogos nanti,” katanya ringkas kepada BNBBC.my.

Bagi DAP pula, BNBBC.my turut cuba mendapatkan reaksi daripada Ketua Setiausaha Publisitinya, Tony Pua, namun beliau enggan mengulas akan perkara tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 6:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: