Kategori Berita Utama

PKR dan Anwar tidak patut bolot jawatan MB, PAS lebih berhak

12 FEB : PKR tidak sepatutnya membolot jawatan Menteri Besar Selangor selama-lamanya kerana PAS lebih berhak dengan jumlah kerusi parti berkenaan di negeri itu.

Justeru itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada PAS.

“PAS berhak untuk kerusi itu. Tidak bolelah dikuasai satu parti sahaja bukan macam BN, jumlah terbesar UMNO sebab itu pemimpin UMNO diangkat jadi perdana menteri,” selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia dan anugerah Buku Negara 2014 di ibu negara, Rabu.

Menurut Dr Mahathir, di Selangor bukan PKR punya kuasa terbesar dan tidak sepatutnya parti itu  bolot jawatan Menteri Besar selama-lamanya.

tundrM

Tun Dr Mahathir

Beliau mengulas mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai menteri Besar Selangor yang baru.

Menurut Mahathir dalam perkiraan sama juga Anwar juga bukan calon yang paling berhak untuk jadi perdana menteri.

“Anwar tiada hak untuk meletakkan syarat itu kepada parti dibawah PR,” katanya.

Beliau berkata, PKR bukan menguasai keseluruhan PR seperti UMNO dalam BN.

Menjawab soalan berkenaan bakal calon BN di DUN Kajang, beliau menjelaskan, soal calon tidak penting tetapi parti yang mampu memberi khidmat terbaik dan itu perlu dipilih rakyat.

“Saya berpendapat kerajaan PR tidak mungkin mampu beri khidmat yang baik pada rakyat.

” Oleh itu rakyat perlu utamakan nasib mereka sendiri, kalau mereka salah pilih, dengan hanya kerana marah dan percaya dengan tuduhan palsu terhadap kerajaan dan pilih parti lawan saya rasa ini rugi,” katanya.

Tambah beliau, dalam demokrasi rakyat perlu berpegang pada bilangan kerusi terbesar jangan hanya terpengaruh dengan dakwaan dan menggadai nasib mereka.

Mengulas mengenai kegagalan Anwar menyingkir peguam kanan kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kes rayuan Liwat II itu.

Mahathir berkata, Ketua Pembangkang itu menggunakan segala cara bagi melewatkan perjalanan kes beliau.

“Anwar mahu lewatkan selama mungkin sebab itu dia bawa usul untuk singkir  Shafee, kerana dia takut dibicara sebab dia buat salah.

“Tetapi saya juga percaya dia takut pada Shafee,  sebab Shafee menang banyak kes yang rumit. Sebab itu Anwar gentar jugalah,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2014 10:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: