Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM agih kurma sumbangan Raja Arab Saudi

26 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis pengagihan kurma sebanyak 10 tan atau 574 kotak yang disumbangkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Pada majlis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya, Najib turut menyempurnakan pelancaran ‘Ihya Ramadan’ Peringkat Kebangsaan bagi memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai ibadat puasa.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmud Husin Qottan.

Kurma yang disumbangkan Raja Arab Saudi itu akan diagihkan membabitkan 70 masjid dan 110 Surau Jumaat di Kuala Lumpur dan dua masjid dan 14 Surau Jumaat di Putrajaya.

Pada majlis yang sama, Kedutaan Arab Saudi turut menyampaikan cenderamata iaitu 300 naskhah al-Quran dan 300 pek kurma kepada tetamu yang hadir.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 May 2017 4:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: