Kategori Berita Utama

PM rempuh kesesakan ribuan orang ziarah Allahyarham Nik Aziz

13 FEB: Ribuan sudah menziarahi jenazah Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka sejak malam, Jumaat.

Pagi ini ramai lagi pemimpin termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba yang kira-kira jam 9.45 pagi di pekarangan Masjid Tok Guru untuk menziarahi jenazah mantan Menteri Besar Kelantan itu.

pmnikazizBeliau dilihat mengenepikan protokol dan sanggup berjalan kaki menempuh kesesakan yang teruk apabila puluhan ribu memenuhi pekarangan masjid tersebut.

Orang ramai mula melaungkan takbir apabila Najib  tiba di perkarangan masjid berkenaan.

Takbir yang berterusan itu dilaungkan kuat dan berlanjutan selama kira-kira lima minit.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya selepas sekian lama menghidap kanser prostat jam 9.40 malam tadi.
Sebaik berita kematiannya tersebr, orang ramai meliputi pelbagai lapisan masyarakat mula memenuhi kediaman Allahyarham.

Antara yang telah menziarahi jenazah ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

rumahnikazizJenazah kini ditempatkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran kediaman Allahyarham untuk memudahkan orang ramai.

Orang ramai dilarang mengambil gambar atas permintaan keluarga.

Jenazah dijadual disembahyangkan sebelum  Jumaat di tanah perkuburan Islam Pulau Melaka, di Kota Bharu..

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 10:47 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: