Kategori Berita Utama

PM arah 3 sayap tingkat kesiapsiagaan dalam berdepan PRU14

30 JAN: Kesiapsiagaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu dipertingkat oleh Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO.

Menegaskan perkara itu Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata arahan tersebut mendapat sambutan positif daripada ketiga-tiga sayap parti.

Malah jelasnya persediaan yang dibuat oleh Pemuda, Wanita dan Puteri itu kini di tahap yang lebih tinggi dan beliau berpuas hati akan perkara itu.

KUALA LUMPUR 30 JANUARI 2018- Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn PWTC

“Arahan supaya parti tingkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU akan datang. Arahan itu mendapat sambutan yang positif dan kerja-kerja parti di semua peringkat termasuk pemuda, puteri berjalan dengan lancar.

“Dan saya puas hati berdasarkan laporan jawatankuasa pengurusan yang dipengerusikan Datuk Seri Zahid. Dan laporan dari Pemuda, Puteri dan Wanita di tahap yang lebih tinggi pada hari ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis.

Beliau dalam masa yang sama turut berharap agar kesungguhan itu diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan nanti.

Dalam pada itu Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa dasar dan perlaksanaan kerajaan selama ini telah menunjukkan prestasi yang baik.

“Majlis Tertinggi mengambil maklum ekonomi negara dan pengukuhan ringgit, kadar pertumbuhan yang tinggi, bursa saham tinggi pada waktu 3 fahun kadar inflasi yang rendah dan kadar pengangguran yang menurun sekitar 4 peratus.

“Ia menunjukkan dasar-dasar yang dijalankan kerajaan membuahkan hasil yang menggalakkan dan ini akan mewujudkan suasana bisnes dan keyakinan pengguna yang tinggi berdasarkan laporan yang disiarkan dalam akhbar hari ni,” ujarnya.

Tambah beliau kejayaan UMNO hari ini tidak sama dengan pembangkang yang semakin kucar kacir sekaligus tidak mendatangkan keyakinan pada rakyat bagi menjamin kestabilan politik negara.

Ketika ditanya tentang tarikh PRU14, Perdana Menteri secara berseloroh berkata yang beliau sedang menunggu ilham dan masih tidak pasti sama ada diadakan lebih awal atau Jun 2018.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 January 2018 7:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: