Kategori Berita Utama

Najib arah siasatan tanah FELDA dibuat segera

22 DIS: FELDA diarah mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan agensi dan peneroka susulan isu penukaran hak milik tanah di Jalan Semarak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegas Perdana Menteri, siasatan terperinci perlu dijalankan serta-merta oleh pihak berkaitan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak terbabit.

Tegasnya, kepentingan FELDA dan peneroka mesti sentiasa dijaga dalam segala program pembangunan negara.

“Pada masa sama, saya mahu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa serta-merta. Tindakan akan diambil terhadap sebarang kecuaian atau salah laku,” katanya menerusi Twitternya, hari ini.

Semalam, laporan BH mendedahkan bahawa FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggar bernilai lebih RM200 juta menerusi transaksi pindah milik yang mencurigakan sejak 2015.

Tanah itu kini sedang dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik FELDA dikenali sebagai KLVC Tower1A.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 December 2017 2:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: