Kategori Ekonomi

PM: Asas kukuh kerajaan rangsang ekonomi negara

19 MEI: ‘Asas kukuh’ yang dilaksanakan oleh kerajaan berjaya membantu merangsang ekonomi negara berkembang pada kadar 5.6 peratus bagi suku pertama tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

“Alhamdulillah, hasil asas kukuh yang kita laksanakan, ekonomi negara berkembang pada kadar memberangsangkan 5.6 peratus buat suku pertama tahun ini.

“Walaupun begitu, kita tidak akan leka sebaliknya terus berusaha pastikan ekonomi negara terus berkembang maju dari masa ke masa,” katanya dalam catatan terbaharu di laman rasmi Twitter dan Facebook beliau, sebentar tadi.

Pada petang tadi, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Muhammad Ibrahim mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi pertumbuhan suku pertama tahun ini adalah yang terbaik sejak suku yang sama pada 2015, yang menyaksikan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.8 peratus.

Pada suku pertama tahun ini,  permintaan domestik meningkat kepada 7.7 peratus, disokong oleh peningkatan berterusan dalam perberlanjaan swasta yang tumbuh 8.2 peratus serta pemulihan perbelanjaan sektor awam.

Penggunaan swasta meningkat 6.6 peratus manakala pelaburan meningkat ketara sebanyak 12.9 peratus, diikuti perbelanjaan modal  dalam sektor perkhidmatan dan pengilangan.

Pelaburan dalam peralatan dan mesin juga tinggi pada suku tersebut disokong oleh pelaksanaan beberapa projek berskala besar dalam sektor perkilangan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 10:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]