Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM bakal umum visi lengkap TN50 tahun hadapan

16 JUN: Aspirisi lengkap berbentuk dokumen bagi visi Transformasi Nasional 2050 (TN50) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Hari Malaysia tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau ketika ini sudah berjaya menghimpunkan hampir 40,000 aspirasi daripada kira-kira 1.5 juta belia bagi pelan perancangan Malaysia untuk 30 tahun akan datang itu.

“Saya akan mendedahkan aspirasi terkumpul sejak Januari lalu itu pada Oktober depan bagi membolehkan orang ramai mengundi aspirasi pilihan mereka.

“Selepas itu, aspirasi itu akan dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri untuk dianalisis sebelum Perdana Menteri mengumumkan apirasi muktamad visi TN50 pada September tahun depan, iaitu Hari Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program TN50x dan Masa Depan Malaysia: Sudut Pandangan Korporat, hari ini di Ibunegara.

Program itu menghimpunkan kira-kira 80 ahli korporat daripada pelbagai bidang yang juga ahli Kelab Perniagaan Kuala Lumpur (KLBC) bagi mendapatkan saranan serta aspirasi mereka berhubung visi TN50.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 June 2017 8:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: