Kategori Berita Utama

PM bawa banyak perubahan dalam sistem pengangkutan awam negara

13 APRIL : Sistem pengangkutan awam telah melalui banyak transformasi sejak berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, transformasi tersebut adalah meliputi pembaharuan pada pengangkutan seperti rel, bas dan teksi.

Sebahagian Pemandu Teksi bersorak gembira selepas mendengar pengumuman berita bantuan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis penyampaian Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di Maeps, Serdang

“Kesemua ini bukanlah terjadi dengan sendirinya secara tiba-tiba atau spontan. Perkembangan ini semuanya adalah hasil daripada perancangan teliti dan kesungguhan oleh Kerajaan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam darat negara.

“Datuk Seri Najib merupakan peneraju utama bagi Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi ekonomi dan seterusnya Transformasi Nasional 2050 dan bagi kesemua program-program tersebut, Perdana Menteri kita sentiasa memberi perhatian terhadap pengangkutan awam darat,” katanya ketika berucap pada perogran Pemberian Kad Teksi 1Malaysia di Serdang, Jumaat.

Tambah beliau, atas keprihatinan Perdana Menteri mengenai pengangkutan awam darat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah ditubuhkan pada 2010 dah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Di bawah SPAD, Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu mempertingkatkan industri pengangkutan awam darat agar sentiasa kekal relevan dengan keadaan semasa. Ini termasuklah industri teksi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan replika Kad bantuan Teksi 1Malaysia kepada pemandu teksi pada Majlis penyampaian Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di Maeps, Serdang

“Saya ingin di sini mengambil kesempatan meyakinkan semua bahawa Kerajaan menerusi SPAD akan terus berusaha untuk memajukan industri teksi,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, bagi memastikan kejayaan dalam program yang Kerajaan aturkan, ia memerlukan kerjasama dan sokongan yang berterusan daripada kalangan pemandu teksi, persatuan-persatuan, pihak pengendali dan industri teksi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 April 2018 6:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: