Kategori Berita Utama

PM beri bayangan sudah boleh pasang ‘pelita raya’

2 ARRIL: Pengumuman Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Sabtu ini menandakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir tiba masanya.

Berikutan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan rakyat kini boleh bersedia sepenuhnya untuk menyambut ‘perayaan’ tersebut.

“Semalam saya jumpa pelbagai kumpulan seperti orang muda Cina dan sebelah petang bertemu para pesilat dari seluruh negara.

“Rabu ini saya jumpa dengan penjawat awam, selepas itu ke Miri, Sarawak.

“7 April ini insya-Allah pelancaran Manifesto BN, bererti bahawa dah dekat dah tu hendak ‘raya’. Kita sudah boleh pasang pelita raya, di luar bandar biasanya pasang pelita pada malam tujuh likur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program lawatan kerja ke daerah Bera dan pelancaran model baharu lot perumahan generasi kedua Felda yang dihadiri kira-kira 12,000 orang di FELDA Kumai hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera; Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Ja-watankuasa Hal Ehwal FELDA negeri, Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Berhubung model baharu lot perumahan generasi baharu FELDA kata Najib adalah bagi memastikan kemampuan pemilikan rumah oleh generasi kedua FELDA.

Melalui program berkenaan, FELDA menyediakan lot-lot tanah dengan kerjasama kerajaan negeri yang akan dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Najib berkata, sebanyak 3,000 rumah model baharu itu akan dibina di seluruh negara termasuk 900 lot di negeri ini.

“Program model baharu lot perumahan generasi baharu FELDA ini satu program baharu yang dicadangkan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad.

“Melalui konsep baharu ini, harga rumah yang bernilai kira-kira RM90,000 dijual pada harga RM35,000 kepada generasi kedua FELDA,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 April 2018 11:47 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: